{"product_id":"al-amin-fi-al-arba-in-min-aḥadith-sayyid-al-mursalin","title":"Al-Amin Fi Al-‘Arba‘in Min Aḥadīth Sayyid Al-Mursalīn","description":"Sebilangan ‘ulamā’ sepanjang sejarah berusaha mengumpulkan empat puluh ḥadīth nabawī sebagai berkat daripada sabda Baginda Rasūlu’Llāh ṣallā’Llāhu ‘alayhi wa-sallam, yang dikatakan akan membangkitkan seorang faqīh dan ‘ālim pada hari qiyāmat. Salah satu kumpulan yang terkenal adalah Ḥadīth 40 yang dikumpulkan oleh al-Imām al-Nawawī. Kiyai Aḥmad Zuhrī Mutammim dari Singapura turut mengikuti tradisi ini dengan menghimpunkan 40 ḥadīth yang merangkumi pelbagai aspek asas agama Islam seperti faḍīlat sembahyang, puasa, zakāt, haji, berakhlāq mulia, kewajipan amar ma‘rūf dan nahī munkar, serta amalan penting dalam ilmu tasawwuf. Matan-matan ḥadīth yang dikumpulkan dilampirkan bersama maknanya, beserta keterangan ringkas dalam bahasa yang mudah dan lembut. Kiyai Aḥmad Zuhrī, tokoh ‘ulamā’ dari Singapura yang juga Yang di-Pertua Persatuan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS) dan Guru Besar Madrasah al-Saqqāf al-‘Arabiyyah, pernah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa MUIS. Beliau menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh, naḥu, tafsīr, ḥadīth, uṣūluddīn, taṣawwūf dan balāghah. Beliau dihormati di Singapura dan dianugerahi gelaran ‘Ilmiawan’ MUIS dan ‘Jasawan’ PERGAS. Keprihatinan Kiyai Zuhri terhadap keaslian ḥadīth membuktikan beliau memahami keperluan untuk mengenal pasti ḥadīth yang sahih dan hasan untuk diajarkan serta disebarkan kepada masyarakat.","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426307182670,"sku":"9789672422211","price":20.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/d7e459ce-fd80-4654-b8aa-f57eb950347a.jpg?v=1747124481","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/al-amin-fi-al-arba-in-min-a%e1%b8%a5adith-sayyid-al-mursalin","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}