{"product_id":"arca-di-muzium","title":"Arca Di Muzium","description":"Adam memulakan hari pertamanya bekerja di Muzium Jenayah Singapura dengan semangat. Berlatarkan tahun 2043, Singapura tidak lagi mempunyai penjara dan penjara Changi telah ditukar menjadi pusat komersil, dengan jenayah-jenayah yang pernah berlaku dipamerkan di muzium. Terdapat 12 pelawat yang berdaftar untuk lawatan pagi itu. Semasa menerangkan tentang jenayah pembunuhan oleh Adrian Lim, Adam mendapati bahawa seorang pelawat, Bantam, hilang. Apabila diperiksa, Bantam masih berada dalam perkarangan muzium, tetapi telah berubah menjadi arca mini dalam kotak kaca. Satu demi satu, sejarah hidup pelawat dan Adam didedahkan dalam adegan-adegan yang mendebarkan. Bolehkah Adam keluar dari labirin muzium yang penuh sejarah jenayah? Perlukah mereka semua diselamatkan dari jenayah-jenayah yang berlaku dalam hidup mereka?","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426318389326,"sku":"9789811876561","price":17.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/eb0b3491-fd4d-4a50-9c45-e187a01a3a3d.png?v=1746661425","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/arca-di-muzium","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}