{"product_id":"kitab-keris-hang-tuah-6-manuskrip-melayu","title":"Kitab Keris Hang Tuah: 6 Manuskrip Melayu","description":"Kitab Keris Hang Tuah adalah rumusan kepada 301 tanda-tanda dan ciri-ciri pada bilah keris Melayu yang diwarnai dengan corak pamor atau pama seperti tercatat di dalam 5 manuskrip Melayu yang dikaji dan 1 catatan Newbols 1939z. Kitab ini dinamakan Kitab Keris Hang Tuah kerana nilai tertinggi bagi sebilah keris yang tercatat di dalam manuskrip-manuskrip Melayu yang dikaji ialah Keris Hang Tuah yang dinilaikan sebuah negeri harganya. Malah ilmu Hang Tuah yang ternyata lebih tinggi di dalam hal perkerisan yang disebut-sebutkan oleh pengarang-pengarang lima manuskrip Melayu ini. Daripada lima manuskrip tersebut, terdapat tujuh puluh empat jenis keris yang dinyatakan dan dua ratus empat puluh satu jenis \/ corak pamur yang disebutkan. Antara jenis keris yang popular ialah keris sepokal\/sapukal, keris charita\/cerita, dan keris sempana. Ada juga keris penimbul\/penimbal dan keris panjang. Menariknya keris popular Parung Sari dan Taming Sari termasuk di dalam kategori keris charita. Perkara yang menarik perhatian ialah, lima manuskrip yang berlainan ini mencatatkan tentang keris Hang Tuah, keris Hang Jebat, serta istilah taming sari dan parung sari yang menjadi pelengkap kepada keris-keris tersebut.","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426300858446,"sku":"9789671781814","price":24.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/71492f80-68db-48c9-b414-754f64b333b7.jpg?v=1746661315","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/kitab-keris-hang-tuah-6-manuskrip-melayu","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}