{"product_id":"menghidupkan-ilmu-agama-2","title":"Menghidupkan Ilmu Agama","description":"Pengarang: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī Halaman: 352 Edisi: Hardback Kitab Adab Membaca al-Quran, Zikir dan Wirid Harian daripada Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn menjelaskan kedudukan al-Quran dan zikir selaku ibadah lisan serta adab-adab mengerjakannya. Wirid harian yang dimaksudkan dalam Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn pula merujuk kepada jadual ibadah harian yang meliputi ibadah mana-mana anggota badan termasuklah lisan. Memandangkan keadaan dan kelapangan masa setiap individu berbeza-beza, maka Imam al-Ghazālī membahagikan manusia yang ingin menelusuri jalan akhirat kepada enam golongan utama agar semua orang berpeluang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan pelbagai cara. Blurb kekal BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang. TENTANG KITAB IHYA ULUMUDDIN (BAHASA MELAYU) Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn adalah mahakarya Imām al-Ghazālī. Ia mengandungi 40 buah kitab yang dikumpulkan dalam empat bahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Dengan memberikan tumpuan kepada unsur kerohanian, Al-Imam mengarang Ihya’ ketika berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.","brand":"bookshop.lol","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42850718023758,"sku":"9789670037592","price":33.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/1d164ba9-e712-49cf-b607-d7006b3e0e63.png?v=1756749364","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/menghidupkan-ilmu-agama-2","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}