{"product_id":"ombak-selatan","title":"Ombak Selatan","description":"Pengunduran pakatan tentera ANZUL dari Singapura pada tahun 1970-an, memaksa Sameon membawa keluarganya berpindah ke sebuah kampung di Pepys Road, Pasir Panjang. Kehidupan mereka terjejas apabila kampung-kampung terpaksa diroboh memberi laluan kepada kemajuan dan pembangunan. Ramai penduduk kampung terpaksa berpindah dan tinggal di estet perumahan baru, termasuk penduduk dari pulau-pulau selatan Singapura. Di Pulau Sudong pula, Pentadbir Baharom tidak dapat menahan anak-anak buahnya berpindah ke Singapura, mencari kehidupan yang lebih selesa. Dia kehilangan hormat dan kuasa serta mengalami kesulitan dalam mencari nafkah sebagai nelayan. Sekolah Melayu Pulau Sudong juga terpaksa ditutup kerana kekurangan murid, menyebabkan Cikgu Badron terpaksa dipindahkan mengajar di Tanah Besar Singapura. Keadaan semakin meruncing apabila Pentadbir Baharom hilang di laut dan berlaku musibah di surau kampung. Namun, kejadian-kejadian malang itu membawa perubahan dalam landskap emosi dan pemikiran masyarakat kampung di Pasir Panjang dan Pulau Sudong, dalam menghadapi kehidupan baru di Singapura yang sedang pesat membangun.","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426290176078,"sku":"9789811483509","price":20.0,"currency_code":"SGD","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/8c3cac85-ca48-403f-931e-24df00157bf3.jpg?v=1747124495","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/ombak-selatan","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}