{"product_id":"panduan-hidup-kumpulan-sha-ir-saja-dan-pantun","title":"Panduan Hidup: Kumpulan Sha‘ir, Saja‘ dan Pantun","description":"Buku ini merupakan himpunan sha‘ir, pantun, puisi dan kata-kata hikmah karangan Tuan Guru Ahmad Adnan bin Haji Muhammad Samman Kati. Himpunan ini asalnya terdiri daripada tiga karya berasingan yang disatukan di bawah satu judul, iaitu: Panduan Hidup; Pedoman Kehidupan; dan Panduan Kehidupan. Ketiga-tiga karya ini adalah hasil suratan tangan pengarang sendiri dalam tulisan Jawi Tradisi, yang kemudian dirumikan supaya sesuai dengan tuntutan angkatan baharu kini. Karya ini turut memuatkan riwayat hidup pengarang yang disusun sendiri olehnya. Pengarang telah mengarang beberapa kitab agama sepanjang berkhidmat sebagai guru agama di negeri Perak. Beliau juga meminati bidang pengarangan sha‘ir dan puisi, dan telah menerbitkan beberapa hasil karya dalam majalah Mutiara dan majalah Dian dengan memakai nama pena Kelana MS.","brand":"bookshop.lol","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42904444960846,"sku":"9789672422600","price":15.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/fc52da04-a8bc-4b21-abc3-8b37639c7f5c.png?v=1758084633","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/panduan-hidup-kumpulan-sha-ir-saja-dan-pantun","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}