{"product_id":"pertemuan-abadi","title":"Pertemuan Abadi","description":"Pertemuan Abadi: Koleksi Terpilih Abdullah Hussain memuatkan karya-karya pilihan dalam pelbagai genre: novel, cerpen, biografi, drama televisyen, drama pentas, filem, puisi dan esei sastera. Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain yang lahir pada tahun 1920 mula menulis sejak tahun 1939 apabila sebuah cerita lucunya dimuatkan dalam majalah Tanah Melayu. Sejak itu beliau tidak pernah berhenti menulis dan ternyata beliau ialah seorang penulis yang serba boleh atau versatile. Antara bukunya yang telah dihasilkan ialah Berenang di Lautan Madu, Buih di Atas Air (novel), Lorong Midaq (terjemahan), Cahaya Langit (kumpulan cerpen), Sebuah Perjalanan (autobiografi), dan Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei (umum). Dalam penulisan kreatif terutama novel, Abdullah Hussain gemar menggunakan gaya kewartawanan baru dengn menggarap nama tempat, nama watak, lokasi sebenar untuk cerita-ceritanya di samping banyak berdasarkan pengalaman peribadi yang digabung-jalinkan secara kreatif dan imaginatif. Beliau mengkritik secara halus dan tajam tentang isu-isu kemanusiaan di seluruh dunia melalui karya-karyanya dengan membawakan teknik penulisan yang biasa dan sederhana tetapi dapat memperlihatkan keaslian dan kejatian diri.","brand":"bookshop.lol","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42850671788110,"sku":"9789834926007","price":11.0,"currency_code":"SGD","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/52937411.jpg?v=1756746403","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/pertemuan-abadi","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}