{"product_id":"rayuan-pada-hujan","title":"Rayuan Pada Hujan","description":"Kumpulan sajak Rayuan Pada Hujan mengandungi 100 puisi yang melambangkan sifat penyair yang prihatin terhadap rakan seperjuangan, sikap para pemimpin, nasib bangsa dan agamanya, serta pergolakan dunia. Setiap sajak mengandungi ambiguiti dan menunjukkan gaya tersendiri, bersikap berhati-hati dan fokus kepada matlamat yang ingin disampaikan.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eKumpulan ini mengetengahkan tema pemerhatian, pengalaman, dan persepsi penulis sebagai aktivis yang lama berkecimpung dalam kegiatan kemasyarakatan, terhadap alam dan kehidupan masyarakat. Penulis berkongsi pengalamannya mengenai berbagai watak manusia, suasana kehidupan, keinginan, aspirasi, serta harapan yang ingin disempurnakan. Tulisan-tulisannya juga merakam perjalanan luas dalam dunia pekerjaan yang mempertemukannya dengan pelbagai kerenah manusia dan sejarah tempat-tempat yang disinggah, sekaligus menunjukkan keprihatinan terhadap sikap golongan kepimpinan dan nasib bangsa dalam usaha membangun kesejahteraan bersama. \u003cbr\u003e\u003cbr\u003eMaarof Salleh, seorang pesara yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan pernah memimpin badan keagamaan, memulakan kerjaya sebagai guru dan pernah berkhidmat di MUIS serta berperanan sebagai Zamil Kanan Penyelidikan di ISEAS, penulis tamu di Jabatan Pengajian Melayu NUS, dan tenaga pengajar di universiti tempatan. Beliau mula menulis mengenai Islam dan masyarakat Islam kontemporer, dan kemudiannya berkarya dalam bidang puisi dan cerpen. Karyanya pernah menerima beberapa hadiah, termasuk Anugerah Pena Emas, dan Rayuan Pada Hujan ialah buku ketujuh beliau.","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426300563534,"sku":"9789811407215","price":12.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/0b34ef23-b608-44c8-a911-1127c4498b78.jpg?v=1746661313","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/rayuan-pada-hujan","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}