{"product_id":"rengkahan-jawi-sejarah-perusahaan-kitab-abad-ke-20","title":"Rengkahan Jawi: Sejarah Perusahaan Kitab Abad Ke-19","description":"Gerak kerja percetakan dan kaedah penghasilan buku di seluruh dunia telah melalui pelbagai perubahan khususnya selepas revolusi Gutenberg berlaku pada pertengahan abad ke-15. Kejayaan Johannes Gutenberg dan alat cetaknya menyebabkan berlakunya satu gelombang pemikiran besar yang bercirikan epistemological revolution kepada orang-orang Barat. Ini menjadi satu peristiwa penting dalam perkembangan masyarakat moden dengan penghasilan banyak karya bercetak berbanding ketika zaman sebelum percetakan wujud, iaitu zaman ketika karya-karya dihasilkan secara bertulis tangan. Buku ini cuba menjawab persoalan tentang bagaimana perusahaan kitab Jawi dijalankan pada abad ke-19 serta bagaimana kedatangan teknologi seperti alat cetak memberi wajah baharu kepada rantaian perbukuan di Alam Melayu pada abad ke-19. Selain itu, turut dilihat ialah kesan perusahaan kitab Jawi terhadap masharakat di Alam Melayu pada abad ke-19 dan cabaran yang dilalui dalam menggerakkan unsur-unsur dalam rantaian perusahaan kitab Jawi pada abad yang sama.","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426316685390,"sku":"9789672422631","price":25.0,"currency_code":"SGD","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/214336842_e62055a9-fc68-49c0-9502-62d461ee1e50.jpg?v=1746661414","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/rengkahan-jawi-sejarah-perusahaan-kitab-abad-ke-20","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}