{"product_id":"sadjarah-riouw-lingga-dan-daerah-taaloqnya","title":"Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya","description":"Buku ini menceritakan tentang peranan lima bersaudara dari keturunan Daeng dari tanah Bugis yang berjaya mengubah dan mencorakkan suasana politik di pulau Borneo, Jawa, Johor, Riau, Lingga, Siak, Indragiri, Selangor dan Kedah. Ia turut mencatatkan sejarah ringkas penulisan dan asal-usul manuskrip yang disalin berdasarkan naskhah yang diterima dari Pontianak. Pemilik asal manuskrip ialah Sayyid al-Sarif Abd al-Rahman ibn Sayyid al-Sharif Qassim, Sultan Pontianak. Manuskrip ini pernah dimiliki oleh seorang pengumpul manuskrip lama dan telah dibeli serta disimpan dalam koleksi manuskrip Melayu oleh perpustakaan Universiti Leiden sejak tahun 1932. Manuskrip ini tidak diketahui maklumat awalnya, dan penjelasan mengenai manuskrip ini pernah ditulis oleh R. Roolvink pada tahun 1980. Bertajuk Sadjarah Riouw Lingga dan Daerah Taaloqnya, manuskrip ini mengandungi 219 muka surat berukuran 21 x 17 cm, termasuk nota dan catatan tulisan tangan oleh penulis kemudian, serta nota dalam bahasa Belanda dan sistem pengiraan tahun dalam kalendar hijrah dan Gregorian. Ia memberi gambaran lengkap tentang keterikatan sejarah di antara keluarga diraja Melayu yang bercampur dengan darah Bugis dan mengenai kelemahan serta pertelingkahan takhta yang membolehkan kuasa Bugis menempatkan diri dalam istana dan kerajaan Melayu, dan bagaimana perubahan ini memberi kesan berkepanjangan kepada masa depan kerajaan Melayu.","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426291781710,"sku":"9789674120641","price":30.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/bd9a15f7-c691-4942-9a2a-3966755db485.png?v=1747124498","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/sadjarah-riouw-lingga-dan-daerah-taaloqnya","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}