{"product_id":"tinjauan-ringkas-peri-ilmu-dan-pandangan-alam","title":"Tinjauan Ringkas Peri ‘Ilmu dan Pandangan ‘Alam","description":"Tinjauan Ringkas Peri ‘Ilmu dan Pandangan ‘Alam ini disalin sepenuhnya mengikut versi asal Ruminya, tanpa mengubah gaya bahasa asal pengarang iaitu Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Penerbitan ini disusun berdasarkan qa‘idah Jawi Tradisi Akademi Jawi Malaysia, menegaskan gaya bahasa pengarang. Kesemua 7 bab Tinjauan Ringkas ini dimuatkan dalam 20 baris penuh pada setiap halaman, meniru gaya penulisan manuskrip dan kitab-kitab Jawi tradisional. Ia dihias dengan ragam hias Melayu seperti bunga bayam peraksi, bunga pecah empat dan bunga pecah tiga. Kata-kata yang dicondongkan (italic), yang menunjukkan penekanan atau istilah teknikal dalam terbitan asal Rumi, disuratkan dengan warna merah dalam terbitan Jawi ini. Warna merah umum digunakan dalam manuskrip Jawi untuk menunjukkan penekanan atau permulaan wacana baharu. Buku ini dijilid dengan kulit keras berwarna hitam dan dihias dengan cetakan tinta emas. Judulnya, “تينجاوان ريڠكس ڤري علم دان ڤنداڠن عالم,” disuratkan dengan khat Naskh, dan nama pengarang “السيد محمد النقيب العطاس” dengan khat Nasta‘liq. Lukisan khat “بركة محمد” karya pengarang menghiasi bahagian tengahnya. Pemilihan kertas berkrim memberi keselesaan ketika dipegang dan memudahkan pembacaan.","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426321895502,"sku":"9789672422679","price":25.0,"currency_code":"SGD","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/8ca5c7b8-ef3f-408c-b6c7-79daa4185ec9.jpg?v=1746661442","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/tinjauan-ringkas-peri-ilmu-dan-pandangan-alam","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}