{"product_id":"tok-kenali-ulama-peringkat-wali","title":"Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali","description":"Author: TG Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah Type: Paperback Pages: 67+15 Ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani di Mekah, Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar yang lain. Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan, lalu dijawab dengan sejelas-jelasnya. Setelah peristiwa itu, Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai \"khadam\" kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali seluruh gerak dan diamnya hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam, bukan kepentingan diri peribadinya.","brand":"Bookshop Staging","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42426313506894,"sku":"9789672126034","price":13.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/8ffaf882-1455-4369-a561-dffeadc11e87.jpg?v=1746661396","url":"https:\/\/bookshop.lol\/products\/tok-kenali-ulama-peringkat-wali","provider":"bookshop.lol","version":"1.0","type":"link"}