Skip to product information
1 of 1

Futuwwah: Dan Mendidik Pemuda Menjadi Lelaki Bermaruah

Futuwwah: Dan Mendidik Pemuda Menjadi Lelaki Bermaruah

4.5 (rated by 2 readers on Goodreads)
Regular price $23.00
Buy the book from:
Tradisi Islam sendiri telah lama menyeru kepada kebangkitan-semula kesateriaan rohani (futuwwah) — inilah tugas besar kita pada zaman ini. Keunggulan akhlak yang dizahirkan Rasulullah ﷺ telah diwariskan kepada ahli keluarganya dan para Sahabat. Ia adalah suatu amanah yang berat: maka mereka menempuh rites of passage (adat peralihan) dengan harapan yang tinggi agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh cemerlang.

Sehubungan itu, buku Futuwwah dan Mendidik Pemuda Menjadi Lelaki Bermaruah ini akan mengupas prinsip-prinsip kesateriaan rohani yang perlu ditanam dalam jiwa lelaki serta diajarkan kepada para pemuda dalam masyarakat kita. Nilai-nilai luhur yang bakal dibincangkan bukanlah hak eksklusif bagi lelaki sahaja, tetapi buku ini ditujukan khusus untuk mereka kerana peranan dan tanggungjawab kelelakian yang semakin pudar dalam dunia pascamodenisme.

Antara kebingungan yang ditanam oleh arus zaman ini adalah wacana yang menuntut agar perbezaan dan pemisahan jantina dihapuskan sepenuhnya. Namun, sebagaimana anak-anak gadis memerlukan bimbingan daripada wanita dewasa dalam membentuk keperibadian mereka untuk menjadi perempuan yang terhormat, anak-anak lelaki juga memerlukan ruang khas untuk menghayati nilai-nilai sebagai lelaki yang bermaruah.

Dari sudut metodologi, buku ini menghuraikan nilai penting dalam pembentukan kelelakian sihat secara berperingkat, bermula dengan definisi dan konsep futuwwah. Hadis Nabi ﷺ dan atsar Sahabat dinukilkan dengan keyakinan bahawa ulama futuwwah memahaminya selari dengan prinsip al-Qur’an.

Details of Book

ISBN13: 9781966329503
ISBN10: 1966329504
Language: Malay
Publication Year: 2025
Format: Paperback

Related Collections:

A note on book covers: while we do our best to ensure the accuracy of cover images, ISBNs may at times be reused for different editions of the same title which may hence appear as a different cover.

View full details
  • One Line Summary

    Nurturing honorable men through Islamic virtues and traditions.

  • Who is this book for?

    If you're interested in strengthening moral character and understanding masculine virtues rooted in Islamic tradition, this book offers profound insights. It explores the spiritual and ethical principles that define honorable manhood, emphasizing the importance of guidance and tradition amidst modern complexities. Many readers find it a meaningful guide for cultivating integrity and responsibility in young men.

Your cart
Bookshop Total Quantity Price Total
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
$23.00/ea
$0.00
$23.00/ea $0.00