Skip to product information
1 of 1

Miftahul Malayu: Sejarah Islam Alam Melayu

Miftahul Malayu: Sejarah Islam Alam Melayu

Regular price $152.00
Sold out
Buy the book from:
Ilmu sejarah merupakan ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Begitu pentingnya ilmu sejarah sehingga ayat-ayat tentang penceritaan sejarah masa lampau merupakan ayat-ayat yang paling banyak terkandung dalam al-Quran. Kisah Nabi-nabi, para penentang mereka dan kisah-kisah sejarah yang lain menjadi panduan kepada umat dalam melayari hidup pada hari ini dan pada masa akan datang. Sesuatu bangsa dan ketamadunan itu akan hancur bila mana sejarahnya diracuni atau diselewengkan. Sebab itulah, orang-orang barat seolah-olah berlumba-lumba menulis sejarah tentang Alam Melayu. Amatlah malang sekali bagi bangsa ini jika kita tidak mengendahkan dan tidak bersikap prihatin ke atas sejarah bangsa kita sendiri terutamanya sejarah yang berkaitan dengan Islam. Akibat buta sejarah, sesebuah bangsa juga boleh hilang jati diri. Buku ini diberi judul 'Miftahul Malayu' yang bermaksud 'kunci bangsa Melayu' kerana sejarah merupakan kunci bagi kebangkitan dan kejatuhan sesebuah bangsa. Menerut penulis, Dr Mohd Hasanuddin, penulis merasa terpanggil untuk menulis buku Miftahul Malayu ini apabila membaca tulisan dan hasrat Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar. Dalam buku tersebut, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa antara kelemahan bangsa Melayu ialah mengabaikan atau tidak mengambil berat tentang sejarah tempatan atau sejarah bangsanya sendiri. Dengan mempelajari, memahami serta menghayati intisari daripada ciri-ciri peradaban Islam dalam konteks 'Naratif Alam Melayu atau Nusantara' yang terkandung pada tajuk Miftahul Malayu ini, semoga dapat dihidupkan kembali elemen tarbiyah ruhiyyah' serta sosialisasi dan pembudayaan tauhid-tasawuf melalui berbagai strategi dan dinamika yang digerakkan para ulama serta umara masa kini, dengan dokongan seluruh jentera masyarakat dan negara. Mudah- ianya akan dapat mewujudkan kembali generasi Melayu sebagai 'bangsa pendokong agama yang utuh dan tegar sebagaimana tradisi leluhur semenjak beratus-ratus tahun dahulu.

Details of Book

ISBN13: 9789671679500
ISBN10: 9671679501
Language: Malay
Format: Hardcover

Related Collections:

A note on book covers: while we do our best to ensure the accuracy of cover images, ISBNs may at times be reused for different editions of the same title which may hence appear as a different cover.

View full details
  • One Line Summary

    Melayu's history as a key to cultural revival.

  • Who is this book for?

    If you're interested in understanding the rich past of the Malay people and the significance of history in shaping identity, this book offers a compelling exploration. It highlights how forgetting or misrepresenting history can diminish a nation's spirit and emphasizes the importance of preserving and learning from the past. The insights from Islamic scholars and historical narratives make it a meaningful read for those passionate about cultural roots and national revival.

Your cart
Bookshop Total Quantity Price Total
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
$152.00/ea
$0.00
Sold out
$152.00/ea $0.00